my sweaty palms.

Monday, February 23, 2009

aku rasa lain beberapa hari ini.
sudah tiga minggu aku terbatuk-batuk, tak sembuh-sembuh pula.
kepala aku pula selalu pening tak tentu pasal.
ibu selalu mengomel - katanya aku degil kerana enggan makan ubat.

bukan enggan tapi aku malas.
bukannya penting, kan?

hari itu aku hampir-hampir hendak ke klinik Doktor Foo.
apakan daya, duitku telah ku ketepikan untuk membeli komputer riba yang baharu.

mungkin kerana kepalaku pening, macam-macam yang telah ku mimpikan semenjak tiga minggu yang lalu.
semalam, aku bermimpi yang ibuku sedang di dapur memasak sambal udang untuk sarapan.
(udang merupakan makanan kegemaranku di dunia ini)
mimpi itu seakan-akan betul lah.
apabila ku terjaga dari tidur, ku terus ke dapur.
rupa-rupanya ibu sedang memanaskan donut sahaja.

terbantut sekejap nak bersarapan.

aku teringin sangat nak makan sambal udang.

0 Comments:

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home