my sweaty palms.

Friday, February 6, 2009

di sini aku ingin mengatakan bahawa aku tidak suka dengan lelaki yang berkepala botak.
dari kecil hingga ke besar, aku memang tidak gemar melihat kaum Adam yang tidak berambut.
tetapi yang peliknya, aku pangkar habis-habisan lelaki yang bermisai, berjanggut dan mempunyai dada yang berbulu.

sesungguhnya aku tidak tahu mengapa aku berbual tentang rambut dan bulu.

aku rindu betul dengan syahril (ini tiada kena mengena dengan rambut dan bulu, ya?).
apa agaknya yang sedang dilakukannya sekarang di Brunei?
mungkin dia dipaksa untuk makan sayur.
ataupun terpaksa duduk di dalam hutan bertemankan nyamuk dan makhluk-makhlus halus.
syahril, cepatlah balik.
aku hampir suku gila memikirkan keadaan kamu tau.

aku rasa, aku harus berhenti sahaja impianku untuk berlari anak setiap malam.
khairi telah menghantar 30 Ferrero Rocher melalui pos kepadaku.
samuel pula telah mengirimkan berplastik-plastik cokelat yang beraneka saiz dan rasa.
wah, syiok!

tiga belas hari lagi.

0 Comments:

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home