my sweaty palms.

Wednesday, January 28, 2009

hari ini, terasa pula keinginan untuk mengemaskini blog menggunakan bahasa Melayu.
entah mengapa, impak kemarahan lebih terselah jika ditulis dalam bahasa Melayu.

hari ini juga, aku telah meluangkan 20 minit dari masa harianku untuk berlari-lari anak di kawasan perumahanku.
mungkin juga, ketika berlari, rasa kebengisan akan lenyap dengan serta-merta.

semalam, syahril terburu-buru meninggalkan rumahku setelah menerima panggilan daripada ibu saudaranya.
katanya, ada masalah keluarga sedikit.
sememangnya, aku bukanlah seorang yang banyak bertanya.
lagipun, keadaan semalam huru-hara juga ketika dia menerima panggilan tersebut.
aku pun sedang menikmati hidangan udang - tidak sempat untuk mengucapkan selamat tinggal dengan sempurna.
tidak manis kalau aku berbual dan sisa-sisa udang tergantung di tepi gigiku, kan?

sudah sehari suntuk syahril tidak menghubungiku.
rasa ganjil pula tiada orang yang menelefon ketika aku sedang buntu memikirkan murid-muridku yang setengah dajal itu.

jadi hari ini, aku hanya dapat meluahkan perasaan geramku pada aisyah.
aisyahlah yang mendengar luahanku, dialah yang banyak beri pengajaran untukku.
aku hampir-hampir berputus asa dengan kerjaya yang baharu sahaja bermula ini.
entah mengapa, hatiku rasa berat beberapa hari ini untuk ke kelas.

apakah aku seseorang yang senang berputus asa?
ataupun keadaan sekolah ini yang membuatku begini?

aku tidak boleh berhenti begitu sahaja.
sudah banyak dugaan yang ditempuh dalam masa 6 bulan mengajar di sekolah ini.

banyak sungguh perkara yang menghinggap di benak fikiranku ini.
berkecamuk.
bercelaru.
sakit otak jika difikirkan.

dan yang paling sedih?
aku tiada tempat mengadu.

mahu juga aku hentakkan kepalaku di tembok Hannah Montana adikku.

0 Comments:

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home