oleh kerana kawan baikku, noreena irwan telah menge-tag aku,
aku terpaksalah akur dengan kehendaknya itu.
tiba-tiba, aku terasa pula nak menge-blog dalam bahasa melayu.
mungkin kerana lagi lima minit, aku harus berlari ke kelas darjah duaku.
cis, murid-murid pasti lupa tentang kerja rumah yang telah diberikan semalam.
15 perkara tentang diriku ini:
1) aku suka gigit kuku. kalau kakiku bersih, memeng sudah tentu aku gigit kuku kaki juga. aku gigit kuku pada masa lapang, dan apabila aku takut dan risau
(untuk murid-muridku yang sedang membaca fakta nombor satu ini, sila senyap. jangan jadi mulut tempayan).
2) aku paling benci minum susu, tetapi gemar minum raspberry cappucino. ala-ala bahasa inggeris, "im more random that way!"
3) aku sayang pada kucingku yang bernama Puteri. ia tidur dengan lidahnya terkeluar. betul, aku tak tipu! esok aku akan muat-naikkan gambarnya.
4) aku paling suka menonton Cinta Fitri di saluran Sensasi. Entah mengapa, aku pun kurang pasti.
5) aku tidak makan mee kuning dan taugeh. jangan memaksaku, terima kasih.
6) aku gemar menonton CSI. namun, apabila ada adegan-adegan yang amat mengerikan, aku akan tutup mata dengan bantal busukku.
7) aku suka berbelanja barang-barang yang tidak diperlukan.
8) aku suka dengan makanan orang turki.
9) waktu aku berumur setahun, huruf 'w' disebut sebagai 'baddeyyuu'.
10) aku mula pergi ke sekolah tanpa dihantar ibu ketika berumur enam tahun.
11) aku selalu menggesek kakiku di permukaan katil sebelum tidur.
12) murid yang paling kecil dari segi saiz badan dalam kelas melayuku dapat menumbuk hidung rakannya sehingga berdarah. aku kagum.
13) aku ingin sekali membeli kasut baru. apakan daya, masa tidak mengizinkan.
14) aku hairan mengapa mereka mempelopori undang-undang 'no corporal punishment'. murid-murid zaman sekarang sering naikkan darahku.
15) aku rindu pada noreena.
aku berharap penggal empat akan berakhir dengan secepatnya.
0 Comments:
Post a Comment
Subscribe to Post Comments [Atom]
<< Home